Luahan Hati Seorang Sahabat Yang Ku Sayang..
N3 ni adalah luahan hati sahabat Lyz.. PU3CHEMPAKABIRU..yg sedang menghadapi dugaan dr Allah..Semoga dia tabah menharunginya..
Sweetie,walaupun kita x pernah bersua..tetapi nama mu akan tetap terpahat dlm ingatan/hati Darling..semoga Sweetie kuat menghadapi ujian ALLAH..Darling akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Sweetie dari jauh..I LUV U"Aku ingin mencoret sebanyak mungkin di Istana Maya ku ini…. untuk apa… erm untuk sebuah peninggalan mungkin andai itu yang bakal berlaku…. Journal ini tanda kasih sayang aku pada semua… pada Mama, papa, along, kak long, anak-anak buahku yang comel seramai tiga orang dan juga angah…. Entahkan sempat entah tidak aku melihat wajah kak ngah yang selama ni cukup disorok oleh angah…. Sekadar gambar yang terhias di screen savernya sahaja pernah menjadi santapan pandanganku, itu pun secara kebetulan angah terkantoi dan tak mampu nak ngelak dari kecepatan mataku.
Aku tak tahu lagi akan keadaan ku kini. Sukar untuk ku ungkap… payah untuk ku perjelaskan…. Namun yang pasti bukan penyesalan yang ingin ku luahkan… Aku cuba meredhokan ketentuan dan perjanjian yang sudah termaktub sewaktu azali ku. Sewaktu roh ditiupkan ke dalam jasad…. Pasti sudah termetri apa yang kini aku alami. Ya Allah… aku tidak sesal… tidak juga mempersoalkan mengapa aku di uji sebegini, cuma pinta ku berikan aku segugus kekuatan agar ketabahan ku tidak goyah. Biarpun hatiku dipagut pilu dan sedih, tapi aku cuba untuk pasrah. Mungkin waktu untuk aku berkampung di hospital sudah tidak mampu ku injak lagi… Kalau dulu, sebutir SANGOBION mampu meredakan kesakitan slip disk yang aku alami, kini tidak lagi… sebutir SANGOBION sekadar dapat bertahan hanya separuh hari dan kini aku bertahan dengan cara dan kaedah ku sendiri…. Belum pun reda gundah hati dengan masalah DARAH… Slip Disk ku pula memperlihatkan kegagahannya…. Aku sedar, aku pasti kecundang dalam pertaruhan di medan sakit ini…. Apakah aku punya pilihan untuk meloloskan diri dari penjara hospital…. Entahlah… aku tidak tahu apa tindakan yang mesti ku ambil… Aku benar-benar berada di persimpangan D5…. Walau apa pun, aku pernah berjanji untuk tidak menghilang begitu sahaja… aku tidak mahu ada yang risau dan tertanya-tanya dalam perbagai persepsi andaian.
Sesungguhnya masih terlalu banyak yang belum ku lakukan…. Masih banyak yang ingin aku capai, namun apakah kesempatan itu masih ada…. Atau aku sekadar cuba menganyam buih-buih harapan di permukaan lautan impian…. Entahlah…. Sukar untuk aku meramal segalanya… apakah esok masih ada kesempatan untuk ku menyimpul kata di sini…. atau ini yang terakhir dari ku….walau apa pun, aku tidak mahu mempersiakan segenap ruang waktu yang ada… pada semua pengunjung istana kaca ku… aku pohon maaf yang tulus ikhlas dari kalian andai sepanjang wujudnya istana kaca di maya ini ada garapan ku yang menyinggung rasa dan menguris hati kalian secara tidak ku sedari.
Buat semua yang ku sayang:
HONEY.. mengenali mu bagai membawa aku untuk menggapai impian dan cita-cita. Teruskan usahamu….. tajamkan garapan dalam ilham yang allah anugerahkan pada dirimu. Tak semua punya bakat dan kelebihan seperti dirimu dan yang paling penting, berkaryalah selagi kau terdaya. Sajikan santapan pada jiwa masyarakat kita yang dahagakan bahan bacaan yang boleh membuka ruang fikiran. Reality kehidupan terkadang terlepas dari pandangan, tapi dengan garapan kreatif, yang samar terkadang jadi terang. Kritikan jadikan penguat untuk terus menuju jaya. Aku yakin dengan kebolehan yang kau miliki dan aku nak kau tahu yang aku sayang pada HONEY…
DARLING… walaupun kita tidak pernah bersua wajah, tapi aku tahu ko pastinya seorang yang comel dan cute…. Thanks coz sudi terima aku sebagai kawan.
JOHN… tak sabar aku nak baca novel terbaru ko… dan aku doakan ianya sukses seperti yang selalu ko harapkan. Maafkan aku kalau aku tak dapat nak review novel ko nanti… apa pun moga kesempatan itu masih lagi berpihak pada aku… tapi kali ni ko tak payah nak bagi aku free sebab tabung gajah aku dah nak penuh.. so aku boleh lah pecahkan dan beli novel ko tu kat kedai Mutusamy…
POKCIK…. Terima kasih sudi mewarnai istana kaca Pu3… tiap kali pokcik datang, mesti sekut dalam tin kurang… alhamdulillah… ada gak yang sudi menghabiskan nya… next time Pu3 buat jemput-jemput jagung campur udang pulak ekk… Tak tahu bila boleh ngetah ngan Pokcik lagi… Apa pun tolong sampaikan Assallammualaikum dan salam sayang PU3 pada kenalan di Alaf21 FC, buat kak Anis, Hero Malaya, Laila, Kak Aisya, dan yang mana kenal PU3 Chempakabiru…
LARA, Kak Wan, Adinda CT yang akak sayang, Kanda Raina dan semua pengunjugn Istana Kaca Reesya, PU3 ucapkan jutaan terima kasih justeru kalian sudi mewarnai hari-hari pu3 di sini dengan satu keindahan yang tiada nilainya. Uquwwah ini benar-benar memberi makna buat pu3 biarpun ada diantaranya tak pernah pu3 lihat.
IMAN… Walaupun nanti mungkin tak ada N3 baru, tapi jangan malu untuk berkunjung…. Andai permahaman yang ingin di cari,teruskan lah. Saya doakan moga awak akan bertemu dengannya.Dan akhirnya.. AMPUNKAN SEGALA SILAP DAN SALAH PU3…
HALALKAN SEGALA KEBAIKAN YANG TELAH KALIAN BERIKAN SELAMA IN… INSYAALLAH, KALAU ADA KEIZINAN DARINYA… KITA AKAN BERTEMU LAGI… DAN TOLONG DOAKAN PU3 DARI SERIBU KEJAUHAN….. "
orang dok intai
Jejak Kasih
Rakan Kongsi
Rakan Penulis
Cerita dah lapok
Alyze
Lady Scorpio
Very simple person but s'time a bit rebellious
Loves to read
Loves to Make frens
Loves sports esp.football
Aziemien@Along
Ct Cikgu
Izz@Alang
Lara@Uda
Pu3chempakabiru
MamaJambu
Wan Amalyn
Aleya@Ucu
Azira
Dewi Sukma
Ebriza my sis
John Norafizan
Lily Haslina
Meen Zulaikha
Nor Ash Burn
Opah De
Rose